

SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN (LPM)
KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN
FB Training Academy merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan bertindak sebagai Duta bagi Program Latihan Pengendali Makanan.
Visi kami amat jelas, memudahkan anda- pengendali makanan mendapatkan sijil bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Menerusi program ini, modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Latihan pengendali makanan adalah WAJIB ke atas semua pengendali makanan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan diatas.
Kami sedia menjalankan kursus secara berkala, di luar bandar, dan di tempat anda mengikut permintaan.
YURAN KURSUS
-
Bayaran kursus untuk seorang peserta adalah RM 50.00
-
Caj pengurusan dan modul peserta RM5.00
-
Caj pengeposan sijil (kursus secara atas talian) RM7.00
-
Caj Perjalanan (Mileage) bagi sesi kursus in-house RM 10.00
OBJEKTIF KURSUS
-
Mematuhi Akta dan Peraturan Makanan 2009 Kementeri Kesihatan Malaysia.
-
Memberi pendedahan serta peningkatan kesedaran dan ilmu pengetahuan berkaitan kepentingan aspek keselamatan dan kebersihan di dalam proses pengendalian makanan @ minuman.
-
Mengurangkan/menggelakkan kejadian penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan.
-
Meningkatkan imej industri / perkhidmatan makanan di negara ini.
MAKLUMAT PROGRAM
Kursus ini adalah wajib untuk semua pengusaha dan pekerja yang terlibat di dalam pengoperasian penghasilan & pengendalian makanan di semua sektor industri / perkhidmatan makanan seperti :
-
Kilang penghasilan @ pemprosesan @ pembungkusan makanan/minuman
-
Premis makanan di hotel/resort
-
Restoran/kafeteria/kantin/penjaja
-
Kedai kek & roti
-
Katering
-
Makanan mentah & Kering
-
Lain-lain premis / organisasi yang terlibat di dalam industri / perkhidmatan makanan @ minuman.
“Pengendali Makanan” termasuklah mana-mana orang yang
-
terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
-
menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan
-
mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas, dalam mana-mana premis makanan;
TUJUAN KURSUS
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Disamping itu juga, dengan adanya Sijil ini, peserta akan dapat manfaat dengan memberi ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga baru terutamanya para belia yang ingin memulakan perniagaan makanan. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM. KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti akreditasi dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.
MODUL
-
Perundangan
-
Pencemaran Makanan
-
Penyakit bawaan makanan & air tumpahan keracunan makanan
-
Kebersihan diri dan premis
-
Kawalan sisa buangan dan makhluk perosak
-
Makanan sihat
-
Etika dan perundangan kesihatan
DAFTAR SEKARANG !
Like what you see? Get in touch to learn more.